Tuesday 15 January 2013

Tak Seindah Jendela Palsumu

Pak Cik Hamad baru dimasukkan ke hospital kerana sakit kritikal di bahagian mata dan kakinya tidak boleh berjalan lagi.
Hatinya sangat pilu kerana sebelum ini dia boleh melihat dengan kedua-dua belah matanya tetapi kini semuanya sudah berubah.
Pak Cik Hamad kini boleh melihat tetapi dengan sebelah mata sahaja...

Aduh!!! Aduh!!! Aduh!!!
Pak Cik Hamad meraung kesakitan..
Sakitnya! sakit! sakit!


Kenapa Pak Cik?
Sakit di bahagian mana?
Seorang nurse kelam kabut berlari ke arah katil Pak Cik Hamad apabila mendengar keluhan pesakit itu.
Tanya lagi!!!
Kan dah tau Pak Cik sakit mata, mestilah sakit kat mata!!!
Kelihatan nurse itu sangat sabar kerana hanya berdiam diri dan menundukkan muka apabila dimarahi.....

Emmmm..Tak mengapalah, nanti saya beritahu doktor ya..
Yelah!Yelah!Cepat sikit!!!
Tak boleh pakai betul budak ni..Keluh Pak Cik Hamad sendirian..


Pak Cik Cetong yang dari tadi melihat gelagat Pak Cik Hamad hanya menggelengkan kepala...
Kenapa di marahi nurse tadi?
Kesian dia?

Diam!Diam!Diam!Diam!
Kau apa tahu, aku sakit ni! Jawab Pak Cik Hamad keras...
Ye, saya tahu. Saya pun sakit juga...Tidak pula saya marah-marah. Cuba bawa bersabar sikit.
Sabar itu kan separuh daripada iman. Sesungguhnya Allah mahu menguji kita dan Allah sayangkan kita. Sebab itulah kita diuji, percayalah!!
Pasti ada hikmahnya...

Pak Cik Hamad terdiam seketika...
Namun kemudian, kembali mengeluh...


Ironinya, katil Pak Cik Cetong bersebelahan dengan jendela, namun katil Pak Cik Hamad pula jauh dari jendela.
Pak Cik Cetong bersuara lagi. Mahukah kamu saya ceritakan pada kamu apa yang saya lihat di jendela ini?
Apa-apa sahajalah..Jawab Pak Cik Hamad dengan nada tidak suka!

Setiap hari saya nampak orang lalu lalang membuat kerja, pemandangan yang cantik...Ciptaan tuhan yang sangat cantik apabila matahari timbul dan sangat cantik apabila matahari tenggelam. Warna Bangunan yang sangat cantik, berwarna-warni...berseri...Saya suka lihat warna bangunan itu,,macam pelangi....
Kadang-kadang apabila awan menangis, suasananya juga sangat menghiburkan dengan alunan percikan hujan di jendela ini. Saya sangat suka....


Setiap hari Pak Cik Cetong menceritakan apa yang dilihatnya di jendela sehinggakan Pak Cik Hamad merasa bosan. Bosan!!!Bosan!!!Bosan!!!Bosan!!!Bosan!!!Tolonglah........
Bosanlah! kau asyik cerita benda yang sama. Aku tahulah aku tidak dapat tengok semua itu kerana katil aku bukan di sebelah jendela....Rungutan yang sangat dalam tapi Pak Cik Cetong tetap ingin bercerita tentang apa yang dilihatnya....

Semua cerita yang didengar dari Pak Cik Cetong membuatkan Pak Cik Hamad merasa cemburu sangat-sangat.....Pak Cik Hamad sudah tidak peduli lagi dan tak mahu dengar lagi.....Pak Cik Hamad tak mahu kawan lagi dengan Pak Cik Cetong....


Suatu hari, di malam yang sunyi Pak Cik Cetong sakit tenat dan tidak boleh bernafas... Disebabkan katil Pak Cik Hamad yang dekat dengan Pak Cik Cetong, hanya dia sahaja yang tahu tentang derita kawan yang tidak disukainya itu. Namun, Pak Cik Hamad buat-buat tidur dan tidak mahu memanggil nurse berdekatan untuk membantu Pak Cik Cetong..Kejadian ini menyebabkan Pak Cik Cetong meninggal dunia malam itu juga.

Keesokannya, Pak Cik Hamad merasa sangat sunyi dengan ketiadaan Pak Cik Cetong....
Dilihatnya ke sisi kanan......kosong!kosong!kosong!
Hanya katil yang kosong ditinggalkan oleh Pak Cik Cetong....
Perasaan Pak Cik Hamad bercampur baur..gembira dan sedih....
Tersenyum sendirian...


Tiba-tiba Pak Cik Hamad teringat akan semua cerita tentang keindahan alam di jendela yang diceritakan oleh arwah....
Nurse....nurse....tolong pindahkan saya ke katil sebelah.....
Saya mahu lihat pemandangan yang cantik di jendela.....
Baiklah....
Selepas berpindah di katil arwah, Pak Cik Hamad melihat di jendela. Alangkah terkejutnya Pak Cik Hamad apabila hanya ada bangunan kosong yang tinggi dan sudah mati menutupi awan dan hanya ada pokok mati di sebelah jendela tersebut tanpa sebarang keindahan alam yang diceritakan... Segala keindahan yang diceritakan oleh arwah Pak Cik Cetong hanyalah palsu belaka...


Kaki Pak Cik Hamad menggeletar, tubuhnya kaku, airmatanya mengalir kerana barulah dia tahu segala keindahan yang diceritakan arwah hanyalah imaginasinya sendiri untuk menghiburkan Pak Cik Hamad...
Pak Cik Hamad sangat terharu, sebak dan rasa bersalah sangat menusuk ke dalam hatinya.
Ya Allah!!!maafkan hambaMU ini,
Ya Allah!!!aku tidak tahu Ya Allah.....aku malu dengan diriku yang ego ini...
Maafkan Aku Ya Allah...

Pak Cik Hamad merasa sangat bersalah dan terbaring mengenangkan arwah Pak Cik Cetong............
Pak Hamad telah insaf dan telah berubah menjadi insan yang lebih baik dan lebih dekat dengan Allah S.W.T


2 comments:

  1. Okay..I hate Pak Cik Hamad sebab tak tolong Pak Cik Cetong masa dia sakit u olls:) .... nasib baik dia dah insappppp!!!

    ReplyDelete
  2. hahahhahahha....sedap kan nama dia...Pak Cik Cetong...

    ReplyDelete