Thursday 14 February 2013

MULAWA..YOU BACK YOU GET...

Assalamualaikum...

18/02/2013.
hari pertama semester..
Maka akan bertebaranlah ilmu di semua university di Malaysia..

Saya tahu dan saya yakin sekarang ini semua student university tak sabar-sabar nak masuk sem baru kan???
Mestilah..nak memulakan pengajian kan...
Lagi bagus niat nak tambah ilmu tu...

Tapi ada juga segelintir yang muka monyok jer..sebab malas nak masuk sem kan..
Xpela,,malas tu sekejap jer...bila dah jumpe kawan2...
Haaaaaaa.....
Semua akan kembali ok...
Betul tak?



Ok..
Nampak tak contest kat atas ni...
Contest ni untuk semua peminat2 tudung bawal...
Especially peminat2 tudung daripada MULAWA FASHION

Haaaaa....contest ni untuk meredakan semangat kawan2 yang akan kembali ke university dengan muka "muncung"...hehehe
Tak lah...untuk semua student YOUniversity, POLITEKNIK, KOLEJ, DAN SEBAGAINYA...asalkan umur anda lebih 17 tahun dan sedang belajar lagi....
 yang akan kembali ke TASIK ILMU masing2.....

Jom sama2 kita masuk contest ni...
Mana tau boleh dapat jam tangan satu...
Free jer..
Sapa yang xnak kan????
Kalau dapat 2,boleh bagi free kat saya satu..keh3..

Nak tahu camne nak masuk contest ni?
KLIK SINI...

Mudah kan??
Sangat senang....
BUY..SNAP & WIN.....
huhu..bestnyerrr....
Hadiah pun lumayan....
Tarikh bermula dan tamat seperti banner di atas....
So, jom cuba bergaya dengan tudung mulawa ni....
Dan menang......





Kat atas tu saya letak link untuk mudahkan anda masuk contest ni...
JUST KLIK....

selamat bergaya dengan tudung MULAWA dan menang....
bABAI.....

TERBAEQ!!!!!!

Monday 11 February 2013

Tajamnya Lidah....mengguris!!!!!


Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya :
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya, 
tetapi belum beriman dengan hatinya.
Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim dan mengintip keaiban
(menjaga tepi kain) mereka.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya,
maka Allah akan mengintip keaiban dan mendedahkannya,
meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri." 
(Riwayat Abu Daud)



Firman Allah yang bermaksud :
"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain 
daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka memakan DAGING BANGKAI saudaranya?
Sudah tentu kamu semua benci memakannya."
(Surah al-Hujurat 49 : 12)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Sesiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat."
(Riwayat al-Tirmizi)


Sekian...
SEMOGA BEROLEH...
Jaga lidah, jaga hati, jaga iman....
Ambil peringatan, jadikan pengajaran...
Sampai jumpa lagi...
Wassalam...


Tuesday 5 February 2013

EMAS ITU ADALAH AMAL

Dunia ini hanya taburan yang sejengkal
Dipasak dengan waktu dan kerugian
Mencari amal sebesar zarah
Sebiji sawi..

Aku juga alpa
Meminta dan mahu menakluk segunung emas
Mencari kejayaan tidak separas kepala
Hanya tahu menuding?
Siapa salah..
Siapa yang salah...

Aku juga seorang tua
Yang akan tua bila panjang umurnya
Juga beruban rambut ikalnya
Terlupa juga mana kiblatNYA

Dunia ini putaran sepohon kelapa tua
Kehijauan pucuk muda manis
Longlai menongkah terik mentari
Sebaris pepohonan lainnya..
Semakin dikejar semakin reput tenaganya..
Dunia..
Fana...

Saturday 2 February 2013

Mawar Merah dan Minyak Atar


Sekuntum mawar merah
Selalu senyum padaku
Selalu menyapa pagiku
Selalu menyayangiku..


Sekuntum mawar merah
Segarkah tanpa puisi?
Meniti hari hari yang berbicara
Indah dalam kita berkata kata..


Sekuntum mawar merah
Ikhlas menghulur baldu ketaatan
Menjaga hati insani
Kesayanganku..kesayanganku..


Sekuntum mawar merah
Peribadinya luhur
Kerdipannya tulus
Telitinya bagus..

Mawar merahku
Akan kusemai cinta kita
Kerana sayangku ini keranaNYA..