Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...

SALAM MAAL HIJRAH 1434H



Salam Maal Hijrah buat semua umat islam di seluruh dunia..


pertama, jom kita azam untuk berhijrah menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi untuk tahun baru maal hijrah ini....jom sama-sama kita cari kunci sukses untuk diri kita sendiri dalam hidup ini seperti gambar di bawah...mahukannya???jom kita usaha....yang penting kita seimbangkan DUNIA dan AKHIRAT.....baru MELETOP!!!!!MANTOP!!!!


Ya Allah jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini dan hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu...INILAH YANG DITUNTUT OLEH ISLAM....

Semoga tahun yang telah ditinggalkan akan dirahmati dan diberkati. Kita ambil pengajaran dengan setiap apa yang berlaku. Pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat, terima dengan penuh redha. Moga tahun baru ini memberi kita lebih pedoman hidup yang sebenar buat kita semua yang menumpang di bumi yang maha Esa ini....



“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:


“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Jelas Ibni Abbas, Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH (1434H) BUAT SEMUA UMAT ISLAM..

Tuesday 13 November 2012

Lirik Lagu Bermakna

Assalamualaikum...

Aduhai, lama rasanya xmenaip kat sini secara spontan or berkomunikasi ngan diri sendiri...

Rasa rindu pulak....So, hari ni aku nak menaip je apa yang aku suka...

Sajak, cerpen, artikel segala bagai k.i.v dulu k....

by the way, tetap nak cerita tentang islamic version...sebab apa?

sebab SEMUA ALLAH PUNYA....



nampak x video lagu iwan syahman ni????


dah dengar??kalau belum jom dengar jap...


Aku paling suke lagu ni sebab lirik dia...memang menusuk kalbu...sentap!! terbakar kejap!!!!

terus insaf.....kat bawah ni lirik dia...

                                            SEMUA ALLAH PUNYA~ IWAN SYAHMAN



Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya


Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya







Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya


Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya


Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya


Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya



Memang benar dan tiada siapa boleh menafikannya!!! semua benda pun Allah punya...kita bersyukurlah dengan apa yang Allah beri pinjam sebentar kepada kita...

Semua yang ada di dunia ini berada dalam kawalan Allah S.W.T

Hatta..Sebutir pasir yang bergolek di tepi pantai pun dengan izin Allah...ALLAHU AKBAR!!!


dosaku ibarat pasir di pantai...


p/s : selamat menghayati bait-bait lirik lagu ini....semoga terkesan dan memberi manfaat..congrats IWAN SYAHMAN...





















Sunday 11 November 2012

Cahaya Rindu Hakiki

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, 


Nafsu jahat pula hanya merindui kemaksiatan terlampau.
Tersenyum dan ketawa melihat manusia memilih jalan gelap tetapi berdukacita apabila manusia memilih jalan yang penuh dengan cahaya SYURGA...
Di sebalik kerinduan kepada ALLAH S.W.T, tersimpan kenikmatan yang paling indah, 
yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk 
makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
ingat Allah senantiasa...


Imam Ali bin Abi Talib berpesan:
 “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. 
Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, 
silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu 
mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. 
Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

Semua Allah Punya...





Saturday 10 November 2012

Pekikan Emosi Si Kecil


mengapa aku...
berapa nilai tangisku..
esakan itu longlai meraih kudrat kasih
namun jiwaku masih kosong terbentang,,,

teresak dan terus mengesak,,
hanya itu yang ku tahu..
aku dibuang seperti sampah,,,
jijik untuk di tatap
malu untuk dimengerti
sakit untuk ditanggung...
kosong,aku kehilangan,hilang jiwa suci itu..






saat embun melayang sepi menyentuh pipi gebu ini....
jari kecilku seakan sejuk, sepi kurasakan dan tangan kutadahkan...
lalu perlahan kuhembus embun itu ditemani asyik malam kelam,,,
masihkah ada yang sayang???
bayi sepertiku,,,dimana nilainya?
jiwaku tersentap dek makhluk bernyawa bernama MANUSIA???
sedih dan kaku memakan emosi rapuh ini...



aku tersentak,,,
tangisanku menelan lamunan..
emosi rapuh ini tidak berdaya lagi,,
kain putih yang membalut tubuh ini bertukar merah,,,
aku longlai di sudut kelam...
jiwaku meratap tanpa suara....


sekian;
rentapan emosi bayi!!!!

Wednesday 7 November 2012

Tin Kosong Berbunyi

musuh hati.....
Menara sakti
berpanas mentarikan waktu
menarik ribuan mata
gagah berdiri memahat nama
persepsi minda seangkatan
seumur hidup meniti bicara

kau adalah obor-obor dewasa
menari dan berlari
meniup jiwa setiap warga
memadam sengketa penghalang
tumpaskanlah musuh didikmu
kemalasan hati dan usaha
biar petikanmu berbunyi
berhasil berkorban..



hanya 1 lagi langkah untuk berjaya...jgn putus asa


orang tuamu
menanti penuh doa harap
mahu kau miliki sebuah permata
bukan material berjuta
bukan tanah berekar-ekar
mahu kau miliki kerendahan hati
bersyukur penuh redha
kelak nanti kejayaan menjelma
bersamalah..

lumpur hitammu akan kembali
sucikanlah 
segala retak susah
membelah kesabaran hati
luka dan nanah
berusahalah semampu
biar sembuh terjalin
mencipta kejayaan
menolak kegagalan.. 



budak-budak juga mahu berjaya....


Sekian, terima kasih!!!!
Cintailah kejayaan, bukan kegagalan......

Tuesday 6 November 2012

Hinanya..Siapa??? Aku!!!


Aku terlalu angkuh mengatakan bahawa cinta sejati itu sememangnya tidak mampu dimiliki.

Saat aku bakal menyerah jiwa ragaku kepada insan yang baru kukenali, hatiku tetap punyai secebis keraguan.

Aku bersujud kepada-Nya penuh rasa kehambaan, kehinaan.

“Ya Khaliq, andai ini yang Kau tentukan buatku, aku terima dengan setulus hati. Aku redha cinta itu seharusnya bersandar kepada kehendakmu dan niatku untuk beribadah. Kau bantulah hamba Mu ini mencintai dan menerima dirinya sepanjang hidupku. Segalanya ku lalui demi-Mu Ya Allah...”

Aku buang segala cinta dunia yang pernah menjengah jiwaku. Dengan sedikit rasa marah dan kesal, ku menjerit pada awan nan biru,

“Manusia tak mampu membuat pilihan! Aku takkan mampu bersama dengan orang yang aku cinta! Semua ini takdir!!”

Tanganku mengenggam erat pepasir pantai. Aku akur pada kehendak-Mu!

............................................................................................

Indah dan gemilangnya kecantikan Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah takkan mampu menghentikan butiran-butiran airmata yang menitis di pipiku.

Melihat kelibat seorang lelaki yang kini menghuni segenap jiwa sang isteri ini sedang solat berjemaah di hadapanku, aku rasa malu kepada-Nya.

Lelaki itu adalah suamiku. DIA telah memakbulkan hasrat hatiku yang paling dalam, aku terlalu ingin menjadi jemaah bersama seorang suami di rumah-Nya yang penuh dengan kebesaran itu.

Aku malu kepada-Mu kerana Kau sebenarnya membenarkan manusia membuat pilihan, tetapi dengan kehendak-Mu!

Hinanya aku.

.................................................................................................

Bergema suaranya di segenap corong telingaku mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran ketika kami solat bersama. Hingga bergetar jiwaku.

Bergetar tubuh ini. Saat ku sujud kepada-Mu, airmataku turun dengan laju. Aku dapat merasa betapa kerdilnya diriku bersujud di muka bumi yang pernah menjadi saksi kekesalanku terhadap takdir-Mu.

Allah yang Esa, betapa mulainya Engkau, kini doaku terus-terusan kau makbulkan. Aku sedang merasakan betapa indahnya menjadi makmum kepada seorang suami!

Sungguh, hinanya aku.
..................................................................................................

Aku tidak yakin ada lelaki yang mampu bertahan dengan sifat sebenarku, suka merajuk, mengada-ngada.

Hanya kerana sedikit perselisihan, aku terasa hati. Aku berdiam diri. Lama. Puas suamiku memujuk, tetapi aku tegar berdiam diri daripada berkata sesuatu yang mungkin menyakiti hatinya.

Aku menjerit di dalam hati, “Kau lihatlah hamba Mu ini! Mengapa Kau masih tentukan aku menjadi suri di hatinya? Kasihan dia, tidak pernah marah...terpaksa melayan sikapku yang begini mengada...”

Tiba-tiba aku rasakan serta-merta jiwaku menjadi sejuk. Damai. Tenang di dalam pelukannya yang sentiasa setia mengharapkan kedinginan menyirami jiwaku.

Terus kukucupi tangannya, dan ku ucapkan ampun maaf.

Airmataku mengalir lagi. Menyaksikan kemuliaan Mu membuktikan kepadaku bahawa dialah jodoh terbaik dari Mu untukku.

Sesungguhnya, aku hina.
.................................................................................................

Sememangnya aku hina. Hina kurasakan apabila mengimbau akan keterlanjuran dan kebodohanku mempersoalkan ketentuan Mu.

Aku hina kerana menyangka cinta sejati itu hanya apa yang aku pilih dan inginkan.

Aku hina kerana menganggap takdir Mu hanya menjadikan hidup ini sebagai medan ujian tanpa dapat merasa keindahan.

Aku hina kerana akur dengan kehendak Mu bersama hati yang lelah!

Sedangkan Engkau terus-terusan mencurahkan kemuliaan Mu buatku. Engkau buktikan kepadaku,

“Manusia itu siapa untuk meramalkan masa depannya? Manusia sememangnya makhluk yang angkuh!”

Ya Allah, terima kasih. Ampunkan dosaku.

Sesungguhnya aku sedang jatuh cinta dan memiliki cinta sejati kurniaan Mu.


Terimalah apa jua yang Allah takdirkan untukmu dengan sabar dan syukur.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (ar-Rahman : 18)