Tuesday 6 August 2013

Rayaku Rayamu jua..

Assalamualaikum semua..
Ya Allah, lamanya gwa xupload blog tasik cinta ni,
Agaknya tasik ni ni pun dah kemarau agaknya..hehe

agaknya kemarau dah tahap gaban camni...hahahhaa

Tapi xpe, sempena hari raya aidilfitri ni, gwa cuba la juga mencari masa untuk update blog ni..
Btw, dalam kegembiraan kita menyambut hari raya ini,
Janganlah lupa bulan ramadhan yang hampir meninggalkan kita...
Kalau zaman sahabat dulu, mereka bersedih meninggalkan bulan ramadhan..

Tapi sekarang, orang gembira meninggalkan ramadhan..
Tapi logik la kalau untuk berhari raya...tapi jadi xlogik sebab katanya bebas dari berlapar dan tarawikh..huh!!!!xpatot...xpatot.....best apa puasa???

Kata orang, biar stabil...
Gembira gembira jugak dalam menyambut syawal ni tapi dalam pada tu kita usaha juga untuk buat amalan terakhir sehabis baik di hujung2 bulan yang mulia ni...

Lagipun kita xtau kan..mana tau ini ramadhan terakhir utk kita..wallaweyyyyy!!!!nyesal koi!!keh3
Lailatul qadar pun dah lepas..yang xhappynya sebab gwa xberjumpa dengan lailatul qadar...sedih 1000000000x..salah sendiri la sebab asyik tido jer..uwaaaaaaaaaaaaaa


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..

Sampai sini saja...
Admin Tasik Cinta ucapkan.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN"
~maaf salah silap saya selama mengendalikan blog ini~
        #APALAGI.....RAyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
~nak g umah pak cik cetong jap...kehkehkeh...

Thursday 21 March 2013

MUDAHKAN...


Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran.
(Al-Baqarah 2 : 185)


Doa Rasulullah s.a.w
Ya Allah!
Tidak ada kemudahan kecuali apa yang 
Engkau jadikan mudah.
Sedang yang susah dapat Engkau jadikan
mudah, apabila Engkau menghendakinya.
(Riwayat Ibn Hibban)


Mudahkanlah dan jangan kamu mempersulitkan.
Sampaikanlah khabar gembira dan jangan
menyebabkan mereka lari.
(Riwayat Bukhari)

p/s : Mari kita mudahkan urusan kerja kita
       dan jangan kita susahkan benda yang mudah..
       kita mampu melakukannya...

       ~SEMOGA BEROLEH~


Tuesday 19 March 2013

CINTA KU PADA-MU


Jiwa yang kesepian
Terkadang terbang melintang
Mengharapkan kasih
Tapi kunjung tak datang

Guruh di langit
Berdentum seakan mahu membelah bumi
Gersangnya cinta pada-MU
Melihat keindahan hakiki


dirimu tidak bersalah
yang bersalah hanya aku
kaku di ufuk waktu
beku dimamah mimpi itu

Rintih hati tidak berguna lagi
lewat cinta pada dinihari itu
Dalam diam taubatku membara
demi cintaku padaMU...

carilah DIA pada setiap detik masa
rintihan senang pedih pasti didengarnya
bilamana niat bermula
kerana getar rasa ini semakin menyinta....


Friday 15 March 2013

Mencari REDHA-NYA...

Hazrat Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan 
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu
pergi (ke masjid untuk solah berjemaah)
lalu mendapati orang ramai telah selesai 
solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya
ganjaran pahala yang sama sebagaimana
mereka yang telah solah berjemaah, tanpa
mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka."
(Hadith riwayat Imam Abu Daud, Nasai dan Hakim)



Diriwayatkan daripada Hazrat Sahl bin Sa'ad as-Sa'idi r.anhu bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :

"Berilah berita gembira kepada mereka
yang selalu berjalan ke masjid
dalam kegelapan malam bahawa
mereka akan memperoleh nur yang sempurna
pada hari kiamat."
(Hadith riwayat Imam Ibnu Majah  dan Ibnu Khuzaimah)




p/s : InsyaAllah, semoga semua ganjaran yang Allah 
       janjikan untuk kita (umat Nabi Muhammad s.a.w) akan
       menjadi semangat untuk 
       kita terus mencari redha-NYA...

      ~SEMOGA BEROLEH~



Sunday 10 March 2013

Jagalah Allah, Allah Pasti Menjagamu...


"Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah.
Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah
dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.
Kecuali orang yang mengerjakan solah, 
yang mereka itu tetap mengerjakan solahnya."
(al-Ma'arij : 19-23)



Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solah
dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu. (sebaliknya)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan kesudahan (yang baik) itu
adalah bagi orang yang bertakwa."



p/s : JOM SAMA-SAMA KITA DATANG KEPADA ALLAH...
KITA CARI REDHA-NYA


Friday 8 March 2013

Kelebihan Solat Berjemaah


Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma 
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian."
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)




Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin 'Malik r.anhu
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah s.w.t
dengan memperoleh takbiratul-ula selama 40 hari akan mendapat 2 kelepasan,
1) kelepasan daripada api neraka
2) kelepasan daripada sifat munafik.


p/s : Jom solat berjemaah di masjid / surau....
lebih afdhal bagi lelaki yang sudah akil baligh...
ganjaran?pastinya tidak sama dengan kita solat bersendirian..

Mari-mari kita imarahkan masjid/ surau....


Tuesday 5 March 2013

Kelebihan membaca al-Quran...

assalamualaikum...

~share dalil~

Sufyan a-Thawri berkata :
"Jika seorang mengkhatamkan al-Quran,
malaikat "mencium keningnya."
(Imam Ahmad bin Marwan al-Dinawari dalam al-Mujalasah)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Tidaklah sekumpulan manusia berhimpun
di rumah Allah untuk membaca dan mengkaji kitab Allah,
melainkan sakinah(ketenangan) akan turun,
rahmat meliputi mereka,dan para malaikat 
menaungi mereka dengan sayap.
Allah menyebut-nyebut mereka
dalam (kalangan malaikat) di sisi-Nya."
(Riwayat Muslim)


Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :
"Apabila seseorang hamba berdusta,
maka kedua-dua malaikatnya menjauhinya 
sehingga SATU BATU KERANA 
BAU BUSUK DARIPADANYA."
(Riwayat al-Tirmizi)

~sumber : EDISI 53 MAJALAH SOLUSI~

p/s: ~moh kita baca al-Quran..
sehari dapat sehelai m/s pun jadila...
jangan xde langsung...
lagi satu, kalau xnak berbau busuk,janganlah kita berdusta ok...

~Sama-sama kita cari redha Allah~

Thursday 14 February 2013

MULAWA..YOU BACK YOU GET...

Assalamualaikum...

18/02/2013.
hari pertama semester..
Maka akan bertebaranlah ilmu di semua university di Malaysia..

Saya tahu dan saya yakin sekarang ini semua student university tak sabar-sabar nak masuk sem baru kan???
Mestilah..nak memulakan pengajian kan...
Lagi bagus niat nak tambah ilmu tu...

Tapi ada juga segelintir yang muka monyok jer..sebab malas nak masuk sem kan..
Xpela,,malas tu sekejap jer...bila dah jumpe kawan2...
Haaaaaaa.....
Semua akan kembali ok...
Betul tak?



Ok..
Nampak tak contest kat atas ni...
Contest ni untuk semua peminat2 tudung bawal...
Especially peminat2 tudung daripada MULAWA FASHION

Haaaaa....contest ni untuk meredakan semangat kawan2 yang akan kembali ke university dengan muka "muncung"...hehehe
Tak lah...untuk semua student YOUniversity, POLITEKNIK, KOLEJ, DAN SEBAGAINYA...asalkan umur anda lebih 17 tahun dan sedang belajar lagi....
 yang akan kembali ke TASIK ILMU masing2.....

Jom sama2 kita masuk contest ni...
Mana tau boleh dapat jam tangan satu...
Free jer..
Sapa yang xnak kan????
Kalau dapat 2,boleh bagi free kat saya satu..keh3..

Nak tahu camne nak masuk contest ni?
KLIK SINI...

Mudah kan??
Sangat senang....
BUY..SNAP & WIN.....
huhu..bestnyerrr....
Hadiah pun lumayan....
Tarikh bermula dan tamat seperti banner di atas....
So, jom cuba bergaya dengan tudung mulawa ni....
Dan menang......





Kat atas tu saya letak link untuk mudahkan anda masuk contest ni...
JUST KLIK....

selamat bergaya dengan tudung MULAWA dan menang....
bABAI.....

TERBAEQ!!!!!!

Monday 11 February 2013

Tajamnya Lidah....mengguris!!!!!


Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya :
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya, 
tetapi belum beriman dengan hatinya.
Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim dan mengintip keaiban
(menjaga tepi kain) mereka.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya,
maka Allah akan mengintip keaiban dan mendedahkannya,
meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri." 
(Riwayat Abu Daud)



Firman Allah yang bermaksud :
"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain 
daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka memakan DAGING BANGKAI saudaranya?
Sudah tentu kamu semua benci memakannya."
(Surah al-Hujurat 49 : 12)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Sesiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat."
(Riwayat al-Tirmizi)


Sekian...
SEMOGA BEROLEH...
Jaga lidah, jaga hati, jaga iman....
Ambil peringatan, jadikan pengajaran...
Sampai jumpa lagi...
Wassalam...


Tuesday 5 February 2013

EMAS ITU ADALAH AMAL

Dunia ini hanya taburan yang sejengkal
Dipasak dengan waktu dan kerugian
Mencari amal sebesar zarah
Sebiji sawi..

Aku juga alpa
Meminta dan mahu menakluk segunung emas
Mencari kejayaan tidak separas kepala
Hanya tahu menuding?
Siapa salah..
Siapa yang salah...

Aku juga seorang tua
Yang akan tua bila panjang umurnya
Juga beruban rambut ikalnya
Terlupa juga mana kiblatNYA

Dunia ini putaran sepohon kelapa tua
Kehijauan pucuk muda manis
Longlai menongkah terik mentari
Sebaris pepohonan lainnya..
Semakin dikejar semakin reput tenaganya..
Dunia..
Fana...

Saturday 2 February 2013

Mawar Merah dan Minyak Atar


Sekuntum mawar merah
Selalu senyum padaku
Selalu menyapa pagiku
Selalu menyayangiku..


Sekuntum mawar merah
Segarkah tanpa puisi?
Meniti hari hari yang berbicara
Indah dalam kita berkata kata..


Sekuntum mawar merah
Ikhlas menghulur baldu ketaatan
Menjaga hati insani
Kesayanganku..kesayanganku..


Sekuntum mawar merah
Peribadinya luhur
Kerdipannya tulus
Telitinya bagus..

Mawar merahku
Akan kusemai cinta kita
Kerana sayangku ini keranaNYA..





Wednesday 30 January 2013

Kadang - Kadang...

Kadang-kadang kita terjatuh
Tapi bersyukurlah kita tidak tersungkur...



Kadang-kadang kita sedih
Tapi ingatlah berapa lama kegembiraan yang telah diberikan..



Kadang-kadang kita lemah
Tapi ingatlah kekuatan untuk kita kelipkan mata sekalipun milik Allah...



Kadang-kadang kita hanyut
Tapi sedarlah masa itu masih ada untuk kita bertaubat...



Kadang-kadang kita alpa mengejar dunia
Tapi ingatlah bukan itu yang kita akan bawa ke "sana"



Kadang-kadang kita merasa keseorangan..
Tapi ingatlah Allah sentiasa ada bersama hambaNYA yang mengingatiNYA....



Jangan kita hanyut dengan kemewahan dunia...
Tapi biar kita hanyut dengan kenikmatan akhirat kelak....
Jangan kita bimbang akan kehabisan wang di dunia...
Tapi biar kita bimbang akan kehabisan iman di dada kita...



Katakanlah (Wahai Muhammad): 
"Jika bapa-bapa kamu 
dan anak-anak kamu 
dan saudara-saudara kamu 
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu,
dan harta benda yang kamu usahakan, 
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai - 
(Jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai 
lebih daripada Allah dan Rasul-Nya 
dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya,
Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya) ; 
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(At-Taubah 9 : 24)



Sekian...
SEMOGA BEROLEH...
Ambil peringatan, jadikan pengajaran...
Sampai jumpa lagi...
Wassalam...


Monday 28 January 2013

Ku Tahu ku adaMU.....

Assalamualaikum semua.....
Hari ni nak share tentang cahaya lirik pulak...

Lagu ni tengah top sekarang sebab kita selalu dengar kan...
kat mana??? Drama yang tengah hot tu la....Setia Hujung Nyawa....kat tv3...

Tapi bila kita e-tihi liriknya memang bagus pun sebab berunsur ketuhanan...
So, jom kita layankan....

Anda tak nak klik video lagu ni pun xpe...sebab bila anda buka blog ni pun dah keluar lagu ni kan...kan..kannnn....huhu
Credit to Najwa Latif.....best song...

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu



Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Apa-apa pun, semoga anda semua terhibur dan dapat ambil manfaat daripada liriknya k...
Sekian...
SEMOGA BEROLEH...
Sampai jumpa lagi...
Wassalam...

Friday 25 January 2013

Maaf...Opah.......

Hati mencengkam
Bila teringat terasa perit
Lelahmu berlalu buat jiwaku sulit
Biarkan dosa semakin membukit...


Opah...
Dalam pekat legam malam
Sangkar sanubari ini diusung kedam
Masa hanya dimamah hitam
Kubiarkan dirimu tanpa belaian
Deritamu hanya kurelakan....


Opah...
Kau biarkan aku berdosa
Kau biarkan aku terlena
Tiada marah,
Tiada sumpah seranah,
Hanya manis wajahmu yang melenggok pasrah


Opah..
Setiap nafas lelahmu buatku menyesal....
Pada keluh kesahmu yang aku lekakan
Pada jeritanmu yang aku pekakkan
Pada tangisanmu yang aku palingkan
Pada hanyut panggilanmu yang aku "kejap" kan...
Pada denyut sakit tubuh aduanmu yang aku riangkan..


Kini aku terasa dicanang waktu..
Karma datang buatku terpaku
Pada seksamu yang aku perlaku
Kini aku terima azab itu


Hanya pada Allah aku bermohon...
Ampunkan dosa masa silamku..
Memang aku...Memang salahku..
Aku ingin kembali kepadaMU...Hanya padaMU......Ya Allah......
Aku tahu aku adaMU....Tuhan...

Maafkan aku Ya Allah.....
Sekian...
SEMOGA BEROLEH.....
Ambil peringatan, jadikan pengajaran..
Sampai jumpa lagi....
Wassalam.....

Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah...

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah buat semua umat islam di seluruh dunia...
Semoga kita dapat berhijrah ke arah lebih baik, lebih baik, dan lebih baik lagi setiap hari...
Moga kita juga dipermudahkan urusan dan mendapat keberkatan dariNYA dalam apa jua aktiviti harian kita...AMIN

Jom kita selawat kejap...
Tak lama pun....xsampai 2 minit...
Jomla....jom...tengok picture kat bawah ni k..

"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya  sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya," (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).



Sekarang ni, jom kita amalkan sunnah nabi Muhammad S.A.W pulak...
Tak susah pun, kalau tak dapat amal semua, janganlah tinggalkan semuanya ye....

Buat lelaki, mari mula bersugi...
banyak sangat manfaatnya...
Rugilah kalau tak cuba....



dan sunnah2 yang lain seperti berikut....


dan banyak lagi....
Jom kita buat mana yang mampu dulu k....

SEMOGA BEROLEH.....
dan SALAM MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH.....
Sampai jumpa lagi......
wAsSalam.....



Tudung Bawal Bidang 50 inci...dari Mulawa Fashion

Assalamualaikun semua....
SALAM MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA....

Hari ni memang lain daripada yang lain sebab aku nak cerita tentang tudung...
Hahhh???? Tudung....
Mesti ramai yang pelik kan.
Tatkala dulu suka bersajak, pantun,motivasi islamic segala bagai, sekarang tudung..Tapi rilex dulu,,baca sampai habis dulu entry ni k....



Aku nak cerita tentang tudung labuh 50 inci la pulak...
Ada satu page ni jual pelbagai jenis tudung....namanya MULAWA FASHION.....

Mulawa fashion ni jual tudung bawal yang macam2 jenis...Tapi sekarang untuk latest produk, Mulawa dah jual tudung bawal yang bidangnya "50" atas permintaan ramai..Sebelum ni pun mulawa dah jual tudung bawal yang standard orang pakai...maksudnya pakai tudung yang boleh tutup dada la....Itukan cara pakai yang lebih afdhal...



Mesti ramai xsabar nak tengok kan.....Jom kita tengok dulu tudung bawal bidang 50 ni....cantik tak???

Mulawa Bawal Amrina "bidang 50 inci"

Sangat anggun bila digayakan....
wah3.ala-ala ustazah gitu.
Ok..Tudung labuh yang 50 inci kat atas ni ada byk kaler lain lagi....cube klik sini...Mulawa Bawal Amrina
...Rasanya inilah tudung terbaru daripada mulawa fashion..
hah????xpuas tengok????
hai, nak tengok orangnya or tudungnya....Mestila nak tengok tudung kan...kata nak shopping mata...
Jom kita tengok tudung bawal amrina yang bidang standard pulak....pun cantik dan masih menutup aurat...

Mulawa Bawal - Amrina
Kod :MB1/Amrina(Tiada manik),MB1B/Amrina(Ada manik)

Mulawa Bawal - Amrina
Kod : MB2/Amrina(Tiada manik),MB2B/Amrina(Ada manik)

Mulawa Bawal - Amrina
Kod : MB3/Amrina(Tiada manik),MB3B/Amrina(Ada manik)

Mulawa Bawal - Amrina
Kod : MB5/Amrina(Tiada manik),MB5B/Amrina(Ada manik)

Mulawa Bawal - Amrina
Kod : MB6/Amrina(Tiada manik),MB6B/Amrina(Ada manik)

Semua cantik kan....sebenarnya ada banyak lagi pilihan tudung dan pilihan warna....kalau xpuas lagi nak tengok bolehla klik je kat sini...Album Mulawa Fashion
Boleh pilih dan boleh beli secara mudah....
Harga???
Sangat murah dan berpatutan......

Oklah...sampai sini jer..selamat merambangkan mata ye semua wanita-wanita solehah.....
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti facebook dan blog mulawa kat bawah ni....
apelagi!!! like dan belilah mengikut citarasa anda.....
Sampai jumpa lagi.....
wassalam......



Thursday 17 January 2013

Pantun Bola Super Nasihat...



Fauzi pemain terbaik
Buat Pahang catat hatrik
Kalau hati kita baik
Wajah akan sentiasa cantik


Rembatan Farhan memang berbisa
Buat orang terkejut sekali
Marahlah kerana cinta
Bukan marah kerana benci


Darul Takzim pasukan besar
Buat orang kecut perut sangat
Banyakkan bersabar
Kerana dalam ujian ada nikmat


Gol Daniel Guiza jadi igauan
Dari jauh terus masuk tepat!
Mari kita baca Al-Quran
Kerana ia menjadi penawar dan rahmat


Semangat Liga Super semakin gah
Bila tengok, hilang masalah
Jika kita ditimpa musibah
Yakinlah dan redhalah kepada Allah...

Semua yang berlaku dengan izin Allah S.W.T jua.....

P/S : Hanya pantun biasa yang mengajak kita berfikir,

Jangan leka dengan dunia bola sepak semata-mata..

Ingat Allah jua...Sentiasa ada di susah senang kita....

Mengadulah kepada-NYA.....