Thursday 21 March 2013

MUDAHKAN...


Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,
dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran.
(Al-Baqarah 2 : 185)


Doa Rasulullah s.a.w
Ya Allah!
Tidak ada kemudahan kecuali apa yang 
Engkau jadikan mudah.
Sedang yang susah dapat Engkau jadikan
mudah, apabila Engkau menghendakinya.
(Riwayat Ibn Hibban)


Mudahkanlah dan jangan kamu mempersulitkan.
Sampaikanlah khabar gembira dan jangan
menyebabkan mereka lari.
(Riwayat Bukhari)

p/s : Mari kita mudahkan urusan kerja kita
       dan jangan kita susahkan benda yang mudah..
       kita mampu melakukannya...

       ~SEMOGA BEROLEH~


Tuesday 19 March 2013

CINTA KU PADA-MU


Jiwa yang kesepian
Terkadang terbang melintang
Mengharapkan kasih
Tapi kunjung tak datang

Guruh di langit
Berdentum seakan mahu membelah bumi
Gersangnya cinta pada-MU
Melihat keindahan hakiki


dirimu tidak bersalah
yang bersalah hanya aku
kaku di ufuk waktu
beku dimamah mimpi itu

Rintih hati tidak berguna lagi
lewat cinta pada dinihari itu
Dalam diam taubatku membara
demi cintaku padaMU...

carilah DIA pada setiap detik masa
rintihan senang pedih pasti didengarnya
bilamana niat bermula
kerana getar rasa ini semakin menyinta....


Friday 15 March 2013

Mencari REDHA-NYA...

Hazrat Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan 
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu
pergi (ke masjid untuk solah berjemaah)
lalu mendapati orang ramai telah selesai 
solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya
ganjaran pahala yang sama sebagaimana
mereka yang telah solah berjemaah, tanpa
mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka."
(Hadith riwayat Imam Abu Daud, Nasai dan Hakim)



Diriwayatkan daripada Hazrat Sahl bin Sa'ad as-Sa'idi r.anhu bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :

"Berilah berita gembira kepada mereka
yang selalu berjalan ke masjid
dalam kegelapan malam bahawa
mereka akan memperoleh nur yang sempurna
pada hari kiamat."
(Hadith riwayat Imam Ibnu Majah  dan Ibnu Khuzaimah)




p/s : InsyaAllah, semoga semua ganjaran yang Allah 
       janjikan untuk kita (umat Nabi Muhammad s.a.w) akan
       menjadi semangat untuk 
       kita terus mencari redha-NYA...

      ~SEMOGA BEROLEH~



Sunday 10 March 2013

Jagalah Allah, Allah Pasti Menjagamu...


"Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah.
Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah
dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.
Kecuali orang yang mengerjakan solah, 
yang mereka itu tetap mengerjakan solahnya."
(al-Ma'arij : 19-23)



Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solah
dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.
Kami tidak meminta rezeki kepadamu. (sebaliknya)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan kesudahan (yang baik) itu
adalah bagi orang yang bertakwa."



p/s : JOM SAMA-SAMA KITA DATANG KEPADA ALLAH...
KITA CARI REDHA-NYA


Friday 8 March 2013

Kelebihan Solat Berjemaah


Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma 
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian."
(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)




Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin 'Malik r.anhu
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah s.w.t
dengan memperoleh takbiratul-ula selama 40 hari akan mendapat 2 kelepasan,
1) kelepasan daripada api neraka
2) kelepasan daripada sifat munafik.


p/s : Jom solat berjemaah di masjid / surau....
lebih afdhal bagi lelaki yang sudah akil baligh...
ganjaran?pastinya tidak sama dengan kita solat bersendirian..

Mari-mari kita imarahkan masjid/ surau....


Tuesday 5 March 2013

Kelebihan membaca al-Quran...

assalamualaikum...

~share dalil~

Sufyan a-Thawri berkata :
"Jika seorang mengkhatamkan al-Quran,
malaikat "mencium keningnya."
(Imam Ahmad bin Marwan al-Dinawari dalam al-Mujalasah)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Tidaklah sekumpulan manusia berhimpun
di rumah Allah untuk membaca dan mengkaji kitab Allah,
melainkan sakinah(ketenangan) akan turun,
rahmat meliputi mereka,dan para malaikat 
menaungi mereka dengan sayap.
Allah menyebut-nyebut mereka
dalam (kalangan malaikat) di sisi-Nya."
(Riwayat Muslim)


Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :
"Apabila seseorang hamba berdusta,
maka kedua-dua malaikatnya menjauhinya 
sehingga SATU BATU KERANA 
BAU BUSUK DARIPADANYA."
(Riwayat al-Tirmizi)

~sumber : EDISI 53 MAJALAH SOLUSI~

p/s: ~moh kita baca al-Quran..
sehari dapat sehelai m/s pun jadila...
jangan xde langsung...
lagi satu, kalau xnak berbau busuk,janganlah kita berdusta ok...

~Sama-sama kita cari redha Allah~