Thursday 17 January 2013

Pantun Bola Super Nasihat...



Fauzi pemain terbaik
Buat Pahang catat hatrik
Kalau hati kita baik
Wajah akan sentiasa cantik


Rembatan Farhan memang berbisa
Buat orang terkejut sekali
Marahlah kerana cinta
Bukan marah kerana benci


Darul Takzim pasukan besar
Buat orang kecut perut sangat
Banyakkan bersabar
Kerana dalam ujian ada nikmat


Gol Daniel Guiza jadi igauan
Dari jauh terus masuk tepat!
Mari kita baca Al-Quran
Kerana ia menjadi penawar dan rahmat


Semangat Liga Super semakin gah
Bila tengok, hilang masalah
Jika kita ditimpa musibah
Yakinlah dan redhalah kepada Allah...

Semua yang berlaku dengan izin Allah S.W.T jua.....

P/S : Hanya pantun biasa yang mengajak kita berfikir,

Jangan leka dengan dunia bola sepak semata-mata..

Ingat Allah jua...Sentiasa ada di susah senang kita....

Mengadulah kepada-NYA.....

No comments:

Post a Comment