Tuesday 8 January 2013

Kuk Krak Kruk Krek....Ha...Meletop!!!!

Ada masanya fikiranku terbelenggu, apabila bangun pagi, ada sahaja yang bermain difikiran usang ini.
Kadang-kadang tubuh menggeliat sambil muka tersenyum manis(manis ke??), pantas bersemangat untuk memulakan hari-hari dengan bayangan kehidupan yang indah. "prap sana, prap sini(menggeliat la tu)..Kemudian aku terus bangun bersemangat untuk memulakan hari-hari yang kita tidak ketahui kesudahannya. Hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan.

Kadang-kadang pula tubuh menggeliat sepi, habis tulang-temulang ditubuh ini kubunyikan tanpa satu tulang pun tidak tertinggal untuk berbicara.."krak! kruk! krak! kukkrek kiri, kukkrek kanan, belakang, depan, tup sana,tup sini sambil masukkan jari-jemari kanan dan kiri supaya berceragah dan kuhalakan ke hadapan, kiri dan kanan. "parap! pap! parap" wah! terasa macam tulang-temulang ini berlagu pula. Seterusnya bahagian pinggang pula, ku cekak pinggang dan sengetkan badan lalu menyatakan satu bunyian yang sangat kuat di kiri dan kanan.krak! krek! dan PRAP!!! hah!!!!ADOIIIIIIIII!!!!!!!!
Alamak!!menggeliat sampai tergeliat ke ni???getus hati kecil ini,,,,
Alhamdulillah, hanya sakit biasa sahaja...Syukur, tidak tergeliat..

Wah!!sedapnya rasanya hati kecil ini berbisik. Lantas tubuh yang bersemangat tadi direbahkan kembali ke katil..
Alahai, baru rasa bersemangat tadi tapi aku hanyut kembali, terlena ketiduran semula seusai selesai solat subuh dan seusai menggeliat tadi, di tambah pula perisa air hujan lebat yang membasahi zink rumah yang kuat kedengaran dan ditambah pula perisa angin sejuk yang mendamaikan dan bau kain selimut yang wangi dan selembut sutera. Lantas tanpa bicara kain selimut menjadi peneman lena. Huh!aku semakin lena dibuatnya..


WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!
Kedengaran suara yang sangat bingit dan menyakitkan hati.
Aku bangun terduduk, terdiam. Berfikir, merenung dan menimbang-nimbang dengan agakan pasti suara kakak yang cemburukan aku.

Semasa hendak mengemas-ngemas katil aku terpandang semut yang sangat laju berjalan di lereng-lereng tepi katil ini. Setiap kali terserempak dengan kawannya pasti akan berhenti bersalaman(salam??mungkinlah?, aku mengagak).
Tapi mengapa? Timbul satu persoalan di benak fikiran yang kebingungan ini?
Aku cuba merenung, alangkah baiknya jika manusia juga seperti tingkah-laku semut ini. Tiada marah-marah, tiada jerit-jerit, tiada maki-maki. Hanya bersalaman setiap kali berjumpa, tidak kira siapa yang mereka jumpa, kenal atau tidak kenal, pasti akan berhenti bersalaman..Huh!! aku mengeluh perlahan.....


WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!
Sekali lagi jeritan itu memamah lamunan yang melampau ini..
Cepat sikit!!
Kemana? Aku kehairanan...
Ya Allah!!! kemana???Hari ini kan dah mula sekolah untuk tahun 2013..Angah tak ingat ke???


Zassssssssssssssssssssss.......Prapppppppppp!!!!..............Zussssssssss!!!!Zussssssssss!!!!Zussssssssss!!!!
Aku terus berlari....Menutup bilik mandi dengan rapat dan hanya mandi dengan 3 cebokan sahaja, mandi koboi, kata orang dulu-dulu....Aku memang terlupa hari ini hari permulaan sekolah untuk tahun baru kerana cuti yang terlalu panjang hanya dinikmati dengan tidur sahaja.AHHAHHAHAHAHHAHHAAAA, aku ketawa sendirian dan aku sudah pun menjejak tingkatan 5..SPM kate koi!!!....Alahai, teruklah kalau macam ni....

Kakak yang dari tadi hanya tersenyum dan terkadang ketawa melihatkan reaksiku yang sangat kelam-kabut...Fuh!!!masih sempat.....
CINTA KAMU KAKAK, TERIMA KASIH KEJUTKAN ANGAH.....


Sekian, pengalaman awal tahun baru kembali ke sekolah....
Pernah terjadi pada anda????Huh!!tak mungkin....
Kesimpulannya..jom menggeliat..
dan adakah semut juga menggeliat!!!!!katenye...

No comments:

Post a Comment