Hazrat Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu
pergi (ke masjid untuk solah berjemaah)
lalu mendapati orang ramai telah selesai
solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya
ganjaran pahala yang sama sebagaimana
mereka yang telah solah berjemaah, tanpa
mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka."
(Hadith riwayat Imam Abu Daud, Nasai dan Hakim)
Diriwayatkan daripada Hazrat Sahl bin Sa'ad as-Sa'idi r.anhu bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Berilah berita gembira kepada mereka
yang selalu berjalan ke masjid
dalam kegelapan malam bahawa
mereka akan memperoleh nur yang sempurna
pada hari kiamat."
(Hadith riwayat Imam Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
p/s : InsyaAllah, semoga semua ganjaran yang Allah
janjikan untuk kita (umat Nabi Muhammad s.a.w) akan
menjadi semangat untuk
kita terus mencari redha-NYA...
~SEMOGA BEROLEH~


No comments:
Post a Comment